sepucuk surat untOk bakal suami ~ aha ~


Buat bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa gerangannya, aku mengirim surat ini hanya untukmu. Teliti isi kandungannya supaya kita menjadi pasangan yang paling bahagia satu masa nanti. Khas untukmu ~!!

:1 Kadang kala dalam sesebuah perhubungan itu ada sesuatu yang tak mampu diungkap. Samada perlu difahami sendiri atau perlukan pengalaman bagi memahaminya. Kadangkala sesuatu nampak remeh di mata lelaki tetapi besar ertinya di hati wanita.

:2 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita pantang ditegur kekurangan diri walhal mereka kemudian nya menyedari kebenaran itu.

:3 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita cukup benci kepada sikap bongkakmu, kata-kata manismu dan egomu.

:4 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu cukup sensitif hati dan perasaan nya. Lebih baik terus diam daripada berkata andai kata-kata itu mampu melukakan hatinya.

:5 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita rasa cukup bahagia andai kamu bersedia berjumpa kedua ibu bapanya bila-bila masa.

:6 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa berharga dan dilindungi andai kamu langsung tidak menyentuhnya sehingga halalnya perhubungan itu.

:7 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa selamat di samping mu andai kamu sentiasa menjaga pandangan mu dan tingkah laku mu.

:8 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan merasakan kamu lah pembimbing terbaik nya andai kamu berani dan mampu menegur memperbetulkan kesalahan dalam perbuatannya.

:9 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan menadah tangan penuh kesyukuran tatkala mendengar kamu mengetuai bacaan doa-doa harian.

:1 :0 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mampu menitis kan mata kesyahduan dan penuh syukur andai kamu berkesempatan mengimami sembahyang berjemaah.

:1 :1 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita mampu cair mendengar kelunakan kamu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

:1 :2 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan berasa cukup bahagia andai kamu sering mendahulukan ibumu dan keluargamu dari segalanya.

:1 :3 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan mencintai kamu andai kamu mencintai sepenuhnya agamamu, mencintai keluarganya dan keluargamu, hormati keluarganya dan keluargamu tanpa menyakiti hati mereka.

:1 :4 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan merasakan dirinya lah yang paling cantik dan indah andai kamu menerima dirinya seada nya.

:1 :5 Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mahukan seorang lelaki sebagai suaminya. Lelaki yang mampu membawa nya ke jalan yang benar. Membawanya semakin dekat kepada Allah. Lelaki yang bakal mengimami solat jemaah mereka sekeluarga. Lelaki yang akan mengetuai bacaan doa-doa harian. Lelaki yang mampu menjawab segala kemusyikan anak-anak kelak. Lelaki yang mampu mengawal keluarga. Lelaki yang mengenal erti tanggungjawab dan akhirnya lelaki yang mampu menjadi idola kepada setiap bapa-bapa.

* Manusie hanye mampu merancang..sebaliknye Tuhan yang menentukan ~Andai ape yang dirangcang di berjalan dengan lancar,bersyukurlah kehadratNya ~ namun andai ape yang dirancang menjadi sebaliknye...Redha la kehadraNya ~ :)