Tak sama tapi sempurna :)

Assalamualaikum pembuka bicara. Sesudah sawang di bersihkan, aku meringankan jari untuk menulis lagi di ruangan ini. Aku tak berape pasti ruangan ini masih menjadi tempat paling sesuai untuk aku meluah atau tak lagi. Ape yang pasti, mungkin ade cerite atau kisah yg hendak aku taipkan malam ini.Dan ape yg paling pasti, aku tak tahu sampai ke tidak niat aku nk menulis malam nie memandangkan internet yang terlalu perlahan tahap karma kuase ke berapa aku pakai hentam je.Tapi tak ape.Aku cuba :)
Haha,elok tak mukaddimah aku ? Ape khabar semua followers ? Dekat semusim juga aku tak menulis. Bukan aku lupa, tapi ape salahnye kalau sesekali aku biarkan kalian merindui aku. Hehe.

Pertama sekali ta'aziah aku ucapkan kepade seluruh ahli kelurga mangsa MH17. Tabahkan hati kalian. Tuhan lebih sayangkan mereka. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmat. Mati itu pasti, kita ? entah bagaimana pula....
Apa yang aku cuba nk sampaikan malam ni, aku pun tak pasti tentang itu. 





Begini ceritaku. Setiap hari adelah proses pembelajaran bagi aku. Setiap ape yg aku lalui ibarat kelas sosiologi. Aku cuba belajar mengenai manusia dengan lebih mendalam. Tabiat, perbuatan, naluri dan sebagainya.. 
Kita hidup sebagai manusia perlukah untuk sama dalam semua benda ? Bukan kah ketidaksamaan itu membuatkan kita lebih untuk saling melengkapi. 
Aku beri contoh. Kau suka melayari internet. kau dengan dunia kau yg seperti ulat buku atau asyik menulis tentang kehidupan. Apa yg dia tidak tahu mungkin kau punya jawapan nya. Bukan begitu ?
Manakala dia seorang yg asyik suka permainan komputer. (game) 
Setidaknya kau boleh belajar dari dia bagaimana untuk menewaskan musuh. Nah, mudah kan ?
Manusia, mana mungkin ada yang sempurna. 
kepada yg terintas baca entry ini, jgn salahkan diri sendiri. Aku juga seperti kalian.
Selalu saja mahu yg sempurna. Kadang2, aku rasakan manusia itu terlalu jauh, walhal dia sedang berdiri di hadapan aku. Sebab ? Sebab kita manusia, punya naluri berbeza.
kalau orang tanya aku. Aku nk jadi manusia yg bagaimana ?
dengan usia aku yg sudah mencecah 26 tahuan ini, ape lagi jawapan yg aku mampu beri.
Aku mahu jadi yg sederhana tetapi luar biasa. Bagaimana ?
Aku tak punyai jawapan itu kerana aku juga masih belajar. Tentang semua :)

~Abadi Awadah~