Blog Hampir Mati, Namun Bukan Hati


Salam semua, pasti ade yang terkejut sebab dah lame tak nampak entry baru kat sini. Ye tak ? ape khabar semua pembace ? Harap kalian sihat2 belaka. Berkali2 jugak lah taip password nk bukak blog kesayangan ni. Haha. Nampak tak dah setengah abad tak jenguk.
Bukan ape, selalu nya aku berkongsi cerita di laman instagram atau Facebook sahaja. Jadi, aku semakin lama semakin jarang masuk ke laman blog. Entah kenape kanvas ini semakin aku lupakan padahal di sini lah tempat luas dan menyenangkan aku untuk menulis suatu masa dulu.
Terlalu mengikut perkembangan semasa barangkali atau aku sudah punya cinta baru yang lebih laju dan bermakna untuk aku kejar. Baiklah, ada beberapa perkara bahagia yang ingin aku kongsikan buat kalian hari ini. Walaupun agak kelewatan, untuk entry kali aku mengharap doa kalian berterusan yg baik2 buat aku sekeluarga.


Satu
Hidup penuh ketawa kerana masih tidak percaya
Kadangkala tersilap dengan keadaan semasa

Dua
Sekejap-sekejap periksa
Betulkah bukan pemegang "Cik" pada nama
Marah bila nampak gelaran Puan pada surat atau sebagainya

Tiga

Pejam celik, buka mata waktu pagi
Orang yang selama ini mengirim ucapan "selamat pagi" di talifon pintar
Ada di depan mata
Selamat meraikan bulan ke 10, bersama dalam menyatukan rasa
dan menyemai rasa cinta.







Salah satu benda yang aku belajar setelah mendirikan rumah tangga adalah setiap keputusan yang aku mahu lakukan -- aku sudah tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kalau sebelum ini, segala keinginan, aku akan pastikan di penuhi dengan berusaha sedaya upaya tanpa mengira bagaimana cara. Sekarang ini aku perlu lebih banyak tenangkan diri dan fikirkan dari banyak segi. Alhamdulillah, banyak perkara aku belajar.

Siapa sangka aku dalam usia dan waktu begini, aku sudah pun punya suami. Alhamdulilah aku sangat bahagia, punya suami yang penyayang, penyabar, bertanggung jawab dalam segala aspek dan menyayangi aku sepenuhnya sebagai seorang isteri. Apa lagi yang aku mahukan kerana bahagia ini sudah cukup luar biasa. terima kasih Allah :)

Teruskan senyuman

Setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan
Setiap daripada kita layak merasa bahagia
Dan aku, terus mengambil langkah kehadapan
Dalam merasai kehidupan, dan menterjemah impian.




Bertambah gelaran,
Bertambah tanggung jawab
Bertambah amanah.
Alhamdulilah aku dan suami kini menanti kelahiran cahaya mata yang bakal menambahkan lagi seri kebahagiaan rumah tangga kami. Inilah nikmat bahagia yang di berikan buat kami sekeluarga.
In shaa Allah demi sebuah keluarga aku akan sentiase kuat kan usaha menjadi yang unggul dalam membawa rasa cinta buat mereka dan ini adalah amanah paling berharga dalam hidup aku.

Buat yang mengikuti blog myabadi88 ini dari dulu, zaman belajar, zaman memulakan kerjaya, sehingga hari ini dengan pelbagai rentetan peristiwa peribadi dan sebagainya, terima kasih atas kasih sayang kalian.


Dan buat mereka yang tidak suka dengan senyuman aku hari ini, aku mohon..

Janganlah cemburukan senyuman aku. Kerana aku telah puas menangis sebelum aku merasainya....
Aku sentiasa berdoa, kalian juga hidup berbahagia sepanjang umur dan hayat kalian.
In shaa Allah, Amin Ya Robbala'lamin...........

-Abadi Awadah-