Tajam. Kejam

Conteng. Jerit. Tulis
Kesibukan menyebabkan aku terus melupakan aktiviti penting ini barangkali. Badan semakin lama semakin memberontak kerana selama ini aku tidak di beri ape yg aku inginkan. Ya, rehat. Sepanjang aku hidup ini, ya aku tak pernah betul betul memuaskan keinginan tubuh yang mendambakan satu keadaan yang di panggil tenang. Setiap kali aku tidur, aku seakan terjaga dengan resah dengan pelbagai perkara bersusun atau rancangan hebat yang aku mahu uruskan setiap hari.


Gila

Sudahlah badan semakin letih menghadapi kehidupan yang menyebabkan tenaga aku di perah sehingga maksima. Cubaan memuaskan hati banyak pihak barangkali buat aku hampir gila. Gila dengan di sini mahu di layan dengan senyuman. Di sini pula mahu sentiasa di layan dengan kelembutan.Otak pula tak berhenti berfikir cara untuk selesaikan banyak perkara tentang kerjaya dan harapan Barangkali aku patut tinggalkan semua dan pergi selesaikan apa yang aku suka.

Sakit kepala

Malangnya aku tak lagi punya kekuatan untuk bangkit dan tinggalkan semuanya. Setiap benda yg aku miliki sekarang adalah amanah dan jalan yang aku pilih adalah begini. Aku cuma perlu mengawal sedaya upaya. Bukan kah sikap panas hati dan darah itu sudah lama berubah ? Peningkatan usia dan perbezaan jawapan. Untuk apa dan siapa lagi aku cuba larikan diri kali ini ? Jadi aku cuba untuk habiskan masa sendiri di sini.

Sumpah

Banyak benda yang aku cuba langsaikan. Dan aku sentiasa tahu setiap daripadanya memerlukan pengorbanan. 

Kecewa ?
Barangkali ya.

Terkilan ?
Semestinya.

Marah ?
Aku sudah belajar untuk senyum pura :')

~Abadi Awadah~