Blog Hampir Mati, Namun Bukan Hati


Salam semua, pasti ade yang terkejut sebab dah lame tak nampak entry baru kat sini. Ye tak ? ape khabar semua pembace ? Harap kalian sihat2 belaka. Berkali2 jugak lah taip password nk bukak blog kesayangan ni. Haha. Nampak tak dah setengah abad tak jenguk.
Bukan ape, selalu nya aku berkongsi cerita di laman instagram atau Facebook sahaja. Jadi, aku semakin lama semakin jarang masuk ke laman blog. Entah kenape kanvas ini semakin aku lupakan padahal di sini lah tempat luas dan menyenangkan aku untuk menulis suatu masa dulu.
Terlalu mengikut perkembangan semasa barangkali atau aku sudah punya cinta baru yang lebih laju dan bermakna untuk aku kejar. Baiklah, ada beberapa perkara bahagia yang ingin aku kongsikan buat kalian hari ini. Walaupun agak kelewatan, untuk entry kali aku mengharap doa kalian berterusan yg baik2 buat aku sekeluarga.


Satu
Hidup penuh ketawa kerana masih tidak percaya
Kadangkala tersilap dengan keadaan semasa

Dua
Sekejap-sekejap periksa
Betulkah bukan pemegang "Cik" pada nama
Marah bila nampak gelaran Puan pada surat atau sebagainya

Tiga

Pejam celik, buka mata waktu pagi
Orang yang selama ini mengirim ucapan "selamat pagi" di talifon pintar
Ada di depan mata
Selamat meraikan bulan ke 10, bersama dalam menyatukan rasa
dan menyemai rasa cinta.







Salah satu benda yang aku belajar setelah mendirikan rumah tangga adalah setiap keputusan yang aku mahu lakukan -- aku sudah tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kalau sebelum ini, segala keinginan, aku akan pastikan di penuhi dengan berusaha sedaya upaya tanpa mengira bagaimana cara. Sekarang ini aku perlu lebih banyak tenangkan diri dan fikirkan dari banyak segi. Alhamdulillah, banyak perkara aku belajar.

Siapa sangka aku dalam usia dan waktu begini, aku sudah pun punya suami. Alhamdulilah aku sangat bahagia, punya suami yang penyayang, penyabar, bertanggung jawab dalam segala aspek dan menyayangi aku sepenuhnya sebagai seorang isteri. Apa lagi yang aku mahukan kerana bahagia ini sudah cukup luar biasa. terima kasih Allah :)

Teruskan senyuman

Setiap daripada kita perlu hidup dalam kegembiraan
Setiap daripada kita layak merasa bahagia
Dan aku, terus mengambil langkah kehadapan
Dalam merasai kehidupan, dan menterjemah impian.




Bertambah gelaran,
Bertambah tanggung jawab
Bertambah amanah.
Alhamdulilah aku dan suami kini menanti kelahiran cahaya mata yang bakal menambahkan lagi seri kebahagiaan rumah tangga kami. Inilah nikmat bahagia yang di berikan buat kami sekeluarga.
In shaa Allah demi sebuah keluarga aku akan sentiase kuat kan usaha menjadi yang unggul dalam membawa rasa cinta buat mereka dan ini adalah amanah paling berharga dalam hidup aku.

Buat yang mengikuti blog myabadi88 ini dari dulu, zaman belajar, zaman memulakan kerjaya, sehingga hari ini dengan pelbagai rentetan peristiwa peribadi dan sebagainya, terima kasih atas kasih sayang kalian.


Dan buat mereka yang tidak suka dengan senyuman aku hari ini, aku mohon..

Janganlah cemburukan senyuman aku. Kerana aku telah puas menangis sebelum aku merasainya....
Aku sentiasa berdoa, kalian juga hidup berbahagia sepanjang umur dan hayat kalian.
In shaa Allah, Amin Ya Robbala'lamin...........

-Abadi Awadah-








Tajam. Kejam

Conteng. Jerit. Tulis
Kesibukan menyebabkan aku terus melupakan aktiviti penting ini barangkali. Badan semakin lama semakin memberontak kerana selama ini aku tidak di beri ape yg aku inginkan. Ya, rehat. Sepanjang aku hidup ini, ya aku tak pernah betul betul memuaskan keinginan tubuh yang mendambakan satu keadaan yang di panggil tenang. Setiap kali aku tidur, aku seakan terjaga dengan resah dengan pelbagai perkara bersusun atau rancangan hebat yang aku mahu uruskan setiap hari.


Gila

Sudahlah badan semakin letih menghadapi kehidupan yang menyebabkan tenaga aku di perah sehingga maksima. Cubaan memuaskan hati banyak pihak barangkali buat aku hampir gila. Gila dengan di sini mahu di layan dengan senyuman. Di sini pula mahu sentiasa di layan dengan kelembutan.Otak pula tak berhenti berfikir cara untuk selesaikan banyak perkara tentang kerjaya dan harapan Barangkali aku patut tinggalkan semua dan pergi selesaikan apa yang aku suka.

Sakit kepala

Malangnya aku tak lagi punya kekuatan untuk bangkit dan tinggalkan semuanya. Setiap benda yg aku miliki sekarang adalah amanah dan jalan yang aku pilih adalah begini. Aku cuma perlu mengawal sedaya upaya. Bukan kah sikap panas hati dan darah itu sudah lama berubah ? Peningkatan usia dan perbezaan jawapan. Untuk apa dan siapa lagi aku cuba larikan diri kali ini ? Jadi aku cuba untuk habiskan masa sendiri di sini.

Sumpah

Banyak benda yang aku cuba langsaikan. Dan aku sentiasa tahu setiap daripadanya memerlukan pengorbanan. 

Kecewa ?
Barangkali ya.

Terkilan ?
Semestinya.

Marah ?
Aku sudah belajar untuk senyum pura :')

~Abadi Awadah~

Tak sama tapi sempurna :)

Assalamualaikum pembuka bicara. Sesudah sawang di bersihkan, aku meringankan jari untuk menulis lagi di ruangan ini. Aku tak berape pasti ruangan ini masih menjadi tempat paling sesuai untuk aku meluah atau tak lagi. Ape yang pasti, mungkin ade cerite atau kisah yg hendak aku taipkan malam ini.Dan ape yg paling pasti, aku tak tahu sampai ke tidak niat aku nk menulis malam nie memandangkan internet yang terlalu perlahan tahap karma kuase ke berapa aku pakai hentam je.Tapi tak ape.Aku cuba :)
Haha,elok tak mukaddimah aku ? Ape khabar semua followers ? Dekat semusim juga aku tak menulis. Bukan aku lupa, tapi ape salahnye kalau sesekali aku biarkan kalian merindui aku. Hehe.

Pertama sekali ta'aziah aku ucapkan kepade seluruh ahli kelurga mangsa MH17. Tabahkan hati kalian. Tuhan lebih sayangkan mereka. Semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmat. Mati itu pasti, kita ? entah bagaimana pula....
Apa yang aku cuba nk sampaikan malam ni, aku pun tak pasti tentang itu. 





Begini ceritaku. Setiap hari adelah proses pembelajaran bagi aku. Setiap ape yg aku lalui ibarat kelas sosiologi. Aku cuba belajar mengenai manusia dengan lebih mendalam. Tabiat, perbuatan, naluri dan sebagainya.. 
Kita hidup sebagai manusia perlukah untuk sama dalam semua benda ? Bukan kah ketidaksamaan itu membuatkan kita lebih untuk saling melengkapi. 
Aku beri contoh. Kau suka melayari internet. kau dengan dunia kau yg seperti ulat buku atau asyik menulis tentang kehidupan. Apa yg dia tidak tahu mungkin kau punya jawapan nya. Bukan begitu ?
Manakala dia seorang yg asyik suka permainan komputer. (game) 
Setidaknya kau boleh belajar dari dia bagaimana untuk menewaskan musuh. Nah, mudah kan ?
Manusia, mana mungkin ada yang sempurna. 
kepada yg terintas baca entry ini, jgn salahkan diri sendiri. Aku juga seperti kalian.
Selalu saja mahu yg sempurna. Kadang2, aku rasakan manusia itu terlalu jauh, walhal dia sedang berdiri di hadapan aku. Sebab ? Sebab kita manusia, punya naluri berbeza.
kalau orang tanya aku. Aku nk jadi manusia yg bagaimana ?
dengan usia aku yg sudah mencecah 26 tahuan ini, ape lagi jawapan yg aku mampu beri.
Aku mahu jadi yg sederhana tetapi luar biasa. Bagaimana ?
Aku tak punyai jawapan itu kerana aku juga masih belajar. Tentang semua :)

~Abadi Awadah~





Aku...

Sigemok9
Kalau aku kayaaaaa. HAHA 

Assalamualaikum. Ehem2..lame tak menulis. Ketandusan idea, kemalasan tahap gaban,
dan bermacam lagi alasan yg tak sekukuh mane pun kuatnye. Biaselah, manusie suke mencipte alasan. HAHA. Aku ? Tak ade ape yg menarik tentang aku, masih macam dulu. Cume, ramai orang kate. Eh, ko dh kurus. HAHA. (tak berniat taip mcm ni) Rambut panjang dh jadi paras bahu. Pastu, sedang menjinak jinak kan diri cube buat bisnes sampingan secare online. Baru je nk mule. Belum sempat update ape2 pun. Insyaallah, klu barangnye sampai nnt aku update la. Eh ? Hehe. 

Okeh, bile aku mule menulis jek, mesti korang rase, ade something yg aku nk cube sampaikan. Kan ? HAHA. Ye, eleh xyah tipu la sebab aku boleh bace fikiran org tau. Acceceh. Tak delah. Tapi ade sikit. HAHA. Ok2, lets start. Hari ni aku nk bercakap pasal diri aku jek. Ade antare kenalan, yang paling rapat dengan aku, tak kire jauh dekat, lame sekejapbersame aku masih belum kenal bagaimane aku, dan siape sebenarnye seorang yg bername Nurul Nadrah ini.........Orang kate, aku sukar di bace. Sukar di fahami. 

Aku, cume perempuan biase.Yang tak punye ape pun. Masih mentafsir erti bahagie. Aku, tak bergaye, tak mesre dan kadang2 tak peduli ape orang nk kate. Walaupun tak cantik, aku maseh manusie yg gile bekerje, suke cari duit dan sentiase tahu ape itu usehe. Aku seorang perempuan yg dh melaui hidup, susah n senang. Sentiase dan mungkin bole memahami sedikit sebnayk keadaan org sekeliling. Aku boleh baik dengan semue orang malah aku akan jadi lebih baik bile seseorang tu baik dengan aku. kecuali, aku akan diam dan tunjuk muke tak suke dengan orang yg aku dh cop, aku memang tak suke. HAHA. Aku seorang perempuan yg mempunyai kelemahan dimane sering berubah mengikut emosi dan keadaan. maksudnye, aku susah nk lupe kisah silam, terutame sesuatu yg menyakitkan. Amat2 susah. Kadang2 kisah silam yg menyakitkan tu membuatkan sifat kedemawanan n kerendahan hati aku ni hilang tanpe aku sedari. Maafkan aku untuk kelemahan yg paling besar ini...

Percayelah, aku masih boleh menjadi seorang sahabat yg baik, pasangan yg setie, walaupun pade dasarnye masih belum memenuhi kehendak setiap manusie yang aku sayang tapi aku masih dan terus mencube. Cume kadang2, aku berkate sendiri sampai bile mahu biarkan hati sendiri terbiar tanpe di jage oleh diri sendiri yang masih bernyawa ? Kalau salah aku sebab berfikiran macam ni, aku mohon maaf. 
Ade suatu mase aku terfikir juge, perkenalan sepanjang tige belas tahun sekalipun bukan jaminan kite kenal hati budi masing2. Ini pendapat aku, jgn salahkan aku kalau ianya silap.
Pade manusie yg sentiase ikhlas berkawan dengan aku, bersame aku, tak kire macam mane pun aku, siape pun aku, terime kaseh tak terhingge aku ucap. Tak ade permintaan lain, cume satu, doakan aku berjaye. Kerane, dari kejayaan aku saje aku dapat membalas jase kalian satu hari nanti. Ini bukan janji, tapi pasti. Terime kaseh :)



Entah......
Aku tetap seorang perempuan yang kuat nangis dalam gelap :')

"Sigemok9"








Alhamdulillah,aku dah bertunang :)

cik tunang memang sweet. hihi :)


Saye tunang die :)

Assalammualaikum pembuke bicare. Alhamdulillah, hari nie aku di kurniekan kesihatan yg agak baik. Mood yg agak konsisten, dan rezeki yg sentiase aku rasekan cukup buat aku. Maaf, lame aku mendiamkan diri. Mungkin sebab banyak sangat bende yg lebih penting untuk aku uruskan. Tapi itu tak bermakne aku lupekn kalian yg masih setie di sini menunggu aku. Aceh (bajet je) HAHA. Untuk entry kali ni, mungkin agak terlewat untuk aku kongsikan pade kalian, tapi percayelah saat aku menaip entry ini, perasaan aku masih serupe dengan waktu di mane segalenye baru bermule. Okeh, hari ini Aku mahu meneruskan penulisan aku, dengan tatabahasa yang betul.....



Cik Tunang :)

Family :)

Begini ceriteku....bermule dari tarikh ini, 7 September 2013, hari-hari yang aku lalui bagai bertahun lamenye. Namun yang harus di akui ianya baru berlaku beberape bulan lalu :) Berite itu aku sambut dengan hati yg di usahakan untuk berlapang. Pagi itu, aku bangun dengan pelbagai perkare, bangkit dengan pelbagai rase. Kerane hari itu, bakal menentukan siape aku sebentar nanti. Ya Allah, hanye Tuhan yang tahu bertape gembirenye aku saat itu :)

Aku hanye seorang insyirah biase. Tiade kelebihan yang istimewe. Tak juge punye ape-ape yang begitu menonjol. Jalanku juge due kaki, lihatku juge menggunakan due mate, seperti manusie lain yang menumpang di bumi Allah ini. Alhamdulillah, aku tidak bute, tidak juge tuli mahupun bisu. Destinasi aku juge same seperti kalian, Negeri Abadi, tiade keraguan dalam perkare ini. 

Sejak dari hari istimewe tersebut, ramai sahabat yg memuji wajahku berseri, dan yakin benar aku sudah dikhitbah apebile melihat tanganku memakai cincin di jari manis. Aku hanye tersenyum. Ramai pule yang memberi komen di facebook, instagram, dengan kate2 semangat dan doa. Terime kaseh sahabat, saudare mare, yg bertungkus lumus menjadikan majlis impian aku ini satu kenyataan. Terime kaseh pade semue ahli keluarge. Tanpe restu kalian, siapelah kami  :)

Bersyukur kerane kini aku bergelar 'tunangan orang'.Kemane pun aku pergi, aku tidak akan lupe bahawe aku kini memegang status ini. Walaupun kedue kami, pernah cube menolak takdir ini, namun..kami hanye manusie biase. Yang Mencipte lah penentu segale. 

Mak bertanyekan soalan yg sewajarnye aku jawab dengan tatasusila.

"Nikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab dengan tenang "Warna putih, bersih"

Mak angguk perlahan sambil tersenyum :)

Alhamdulillah, aku bahagie bersame insan ini. Aku masih perlukan doa yg baik2 dari kalian.....dan inilah jalan yang aku pilih, aku mohon Kau merahmati perjalanan ku Ya Allah. Amin ya Rabbal A'lamin :)

Terime kaseh :)


~Abadi Awadah~